Kisah: Melukut ditepi gantang (bhgn 3)

'Ingat sikit, kau tu ibarat melukut di tepi gantang.!Kehadiran kau tidak diperlukan pun sebenarnya. Susah senang kau, ingat dia nak peduli ke? Dia tahu kau tengah susah, tapi lagi diketuknya kau adalah!' bentak hati Maimunah.

'Walau wangi macam mana pun kau, kau tetap busuk bagi dia. Tak sama macam anak yang lain. Sebusuk-busuk anak tu, seburuk-buruk anak tu, tetap wangi pada dia..tetap elok pada dia. Kau??' Mai bermonolog lagi.

Pedih hati dia bila teringat kata-kata emaknya di whatsapp group family tempoh hari. 'takde duit', itulah perkataan yg menyentap hati Mai. Betul atau tidak, apabila emaknya berkata sebegitu didalam group keluarga, ianya telah menjatuhkan air muka Mai. Sudah tentu mesej tersebut dibaca oleh semua makcik pakcik dan saudara mara mai yg lain.

Bila difikirkan semula, dari awal jemputan lagi emak Mai telah bercadang hendak menumpang kereta Mak ngah kerana suaminya, Pak Udin sudah menyatakan tidak mahu hadir ke majlis akikah tersebut yg diadakan di KL. Jauh katanya.Memandangkan mak ngah mempunyai kereta alphard, jadi bolehlah emak menumpang sekali dan tong-tong duit minyak atau tol ke sana.

Sayangnya, seminggu sebelum jemputan, emak baru menyatakan hasratnya untuk menumpang kereta mak ngah. Malangnya, kereta mak ngah telah penuh kerana bukan ahli keluarga mak ngah (4orang) saja yg pergi malah maklong suami isteri, mak uda dan pak anjang juga turut akan menaiki kereta makngah nanti.

'Kenapa tak bincang dengan aku pasal nak pergi rumah anis. Boleh je cakap, Mai, nanti mak nak ke rumah anis ye, naik kereta kau. Ada duit ke, takde duit ke..pandailah aku nak adjust ke sana nanti.'kata Mai.

Tapi....dengan orang lain awal-awal lagi sudah cakap nak bagi duit minyak sebab menumpang kereta orang, tapi dengan aku tak boleh ke tong-tong duit minyak? Kalau mak nak bg aku duit sekalipum, takkan sanggup aku nak ambil duit mak lah.' kata hati Mai lagi.

'ini bila dah tak tahu nak tumpang siapa, mulalah buat cerita kata aku tak pergi. Aku macam nilah, laki aku macam tulah. Mana menantu kesayangan mak tu? Ajaklah dia, time macam nilah nak show off menantumu tu... ' tambah Mai lagi.

Mai banyak bermonolog sendirian kerana dia belum berceritakan lagi kepada suaminya, Ali mengenai hal tersebut. Bagi Mai, dia akan berceritakan tentang itu kepada Ali selepas Ali pulang dari IJN nanti. Mahu saja dia nak lepaskan semua sesak di dada dan tangisan kepada Ali nanti.

'Abang, saya rasa saya nak tarik handbrake lah. Saya sakit hati betul dengan mak.' ini yang akan Mai katakan kepada suaminya nanti. Sekiranya dia mampu katakan.

Mai mengelamun, dia teringat peristiwa pada 2 minggu yg lepas. Dimana dia beserta anak sulungnya, Alif mengikut ibubapanya ke majlis perkahwinan kenalan bapanya. Emaknya langsung tidak menolongnya utk menghulurkan pinggan ataupun mencedukkan nasi ke pinggan Mai. Yelah, tangan kiri Mai memegang tangan Alif yg berusia 3 tahun, khuatiri hilang dikhalayak ramai dan tangan kanan Mai pula memegang pinggan sambil mengepit handbag.

'Emak tak rasa kesian ke tengok anak cucu dia ni? Aku ni kan tengah sarat, lagi nak pegang tangan Alif, nak ambil makanan lagi... Mak... Mak...' Mai mengeluh.

-------------

Pagi ni jam 4.37 pagi suami Mai, emak dan bapanya bergerak ke IJN untuk membuat pemeriksaan susulan ke atas bapanya. Ini adalah lawatan yg kedua mereka. Sebelum ini, mereka bertiga bergerak dari Ayer Hitam ke KL pada jam 4.30 pagi memandangkan waktu temujanji bapa Mai adalah pada jam 9 pagi.

Malam tadi, sempat Mai menanyakan kepada bapanya, jam berapa hendak bertolak ke KL? Kalau ikutkan Ali, dia tidak kisah jam berapa hendak bertolak pun dia ok kerana sudah terbiasa menghantar bosnya ke KLIA pada awal pagi. Kata bapa, dia tidak kisah jam 4.30 pagi pun boleh, jam 5 pagi pun boleh..terpulang atas Ali hendak bertolak jam berapa. Emak Mai pun tidak menyuarakan apa-apa.

Tup-tup, pagi ni emak bising-bising pula sebab jam 4.30 pagi batang hidung Ali pun masih tidak muncul. Mai mencelah ketika emaknya berleter, 'kata semalam tidak kisah jam berapa hendak bertolak. Tunggu sajalah Ali tu, semalam kata jam 5 pagi pun boleh bertolak.'

Pada masa yang sama, Mai menghantar whatsapp kepada Ali,' abang dah bangun?'
'sudah, otw ni..' jawab Ali.
'ok, hati2 abg..' balas Mai.

'Fuhh, alhamdulillah laki aku dah otw. Emak nak membebel, membebellah dia. Malas aku nak beritahu dia yg Ali dah otw..' kata hati Mai.



sambung...

Comments