Kisah: Melukut ditepi gantang (bhgn 2)

Jangan pernah pilih kasih antara anak-anak. Berlaku adillah antara semua anak. Walaupun sukar, berusahalah untuk jaga hati anak-anak yg lain. Tidak semestinya kita orang tua, segala kemahuan dan kehendak kita MESTInya anak-anak perlu turuti. Tidak!

Dalam situasi Mai, dia merasakan dia seperti melukut ditepi gantang kerana apa saja yg dilakukan olehnya adalah salah dimata emak. Dari kecil sehingga dia berusia 30-an, ada saja yg tidak kena dimata emak.

Masih dia ingat lagi, ketika berada di tingkatan 3. Rakan-rakan lain sibuk mengisi borang kemasukan ke sekolah teknik dan sebagainya. Tetapi Mai tidak berminat kerana takut untuk  berjauhan dgn keluarga dan takut akan kehidupan di asrama yg selalu kena 'regging', menurutnya. Tetapi emak Mai tidak mempedulikan itu, dia memaksa Mai untuk mengisi borang kemasukan ke sekolah teknik, katanya inilah 'peluang utk belajar berdikari.'

Akhirnya, Mai memujuk hatinya utk mengisi borang tersebut dan memilih kos-kos yg dia minati atas persetujuan maknya. Beberapa  hari sebelum tarikh tutup borang tersebut, tiba-tiba emak Mai tidak membenarkan dia untuk menghantar borang tersebut. Dalam kata lain, tidak mengizinkan dia utk memasuki sekolah teknik. What?!!!!!

Mai berasa sangat-sangat kecewa kerana diperlakukan sebegitu rupa. Bila Mai tidak mahu, emaknya beria-ria menyuruh dia mengisi borang. Tetapi bila tiba saatnya, tidak mengizinkan pula. Hmmm...

Bukan itu sahaja.. sebelum tamat SPM, Mai ada memohon kemasukan ke Matrikulasi dan UPU. Emaknya berkeras tidak membenarkan dia memohon ke Matrikulasi. Katanya, Matrik ni susah dan mudah dibuang kolej sekiranya pointer rendah. Tetapi Mai berkeras juga mahu memohon ke matrik. Akhirnya, emaknya menggalah dengan meletakkan syarat 'hanya matrik yg berdekatan sahaja boleh dipohon.' 3 pilihan yg dibenarkan ialah Melaka, Johor dan N.9.

Memandangkan Mai mengambil jurusan perakaunan, maka dia bercita-cita untuk menjadi akauntan bertauliah. Dari senarai matrikulasi yg ada, dia tertarik dgn sebuah matrikulasi di Kedah yg hanya menawarkan jurusan perakaunan saja dan merupakan matrik yg terbaik di Malaysia bagi jurusan perakaunan.

Tanpa pengetahuan emaknya, Mai telah menukar pilihan matrikulasi N.9 kepada matrikulasi Kedah. Dan, rezeki beliau kerana telah dipanggil dan diterima utk memasuki ke matrikulasi tersebut. Mai tidak pasti akan perasaan emaknya pada masa itu. Mungkin gembira, marah dan sedih kerana dia memilih utk belajar di matrikulasi  di hujung peta sana. Puas juga dia menahan telinga sehari-hari kerana dileteri oleh emaknya.

Beberapa hari sebelum hari pendaftaran, emak sempat memberi pesan/amaran kepada Mai,' mak hanya hantar Mai pergi daftar sahaja. Cuti sem atau habis belajar nanti, pandai-pandailah kau balik sendiri sebab kau yg minta belajar sana.' Mai hanya mampu tersenggih.

Bagi dia, tidak mengapa. Dia pun tidak mahu menyusahkan keluarganya. Inilah masa sebenar utk belajar berdikari. Susah senang, semuanya terasa manis dan puas kerana itu mmg pilihan Mai. Lagipun, yg mengejar cita-cita dan yg menuntut ilmu tu diri Mai, bukannya orang lain termasuklah emak.

'Emak, tidak bolehkah emak sokong apa yg Mai pilih?' tanya hati Mai.



Bersambung...

Comments