Posts

Showing posts from February, 2020

Kisah: Melukut ditepi gantang (bhgn 3)

'Ingat sikit, kau tu ibarat melukut di tepi gantang.!Kehadiran kau tidak diperlukan pun sebenarnya. Susah senang kau, ingat dia nak peduli ke? Dia tahu kau tengah susah, tapi lagi diketuknya kau adalah!' bentak hati Maimunah. 'Walau wangi macam mana pun kau, kau tetap busuk bagi dia. Tak sama macam anak yang lain. Sebusuk-busuk anak tu, seburuk-buruk anak tu, tetap wangi pada dia..tetap elok pada dia. Kau??' Mai bermonolog lagi. Pedih hati dia bila teringat kata-kata emaknya di whatsapp group family tempoh hari.  'takde duit', itulah perkataan yg menyentap hati Mai. Betul atau tidak, apabila emaknya berkata sebegitu didalam group keluarga, ianya telah menjatuhkan air muka Mai. Sudah tentu mesej tersebut dibaca oleh semua makcik pakcik dan saudara mara mai yg lain. Bila difikirkan semula, dari awal jemputan lagi emak Mai telah bercadang hendak menumpang kereta Mak ngah kerana suaminya, Pak Udin sudah menyatakan tidak mahu hadir ke majlis akikah tersebut yg

Kisah: Melukut ditepi gantang (bhgn 2)

Jangan pernah pilih kasih antara anak-anak. Berlaku adillah antara semua anak. Walaupun sukar, berusahalah untuk jaga hati anak-anak yg lain. Tidak semestinya kita orang tua, segala kemahuan dan kehendak kita MESTInya anak-anak perlu turuti. Tidak! Dalam situasi Mai, dia merasakan dia seperti melukut ditepi gantang kerana apa saja yg dilakukan olehnya adalah salah dimata emak. Dari kecil sehingga dia berusia 30-an, ada saja yg tidak kena dimata emak. Masih dia ingat lagi, ketika berada di tingkatan 3. Rakan-rakan lain sibuk mengisi borang kemasukan ke sekolah teknik dan sebagainya. Tetapi Mai tidak berminat kerana takut untuk  berjauhan dgn keluarga dan takut akan kehidupan di asrama yg selalu kena 'regging', menurutnya. Tetapi emak Mai tidak mempedulikan itu, dia memaksa Mai untuk mengisi borang kemasukan ke sekolah teknik, katanya inilah 'peluang utk belajar berdikari.' Akhirnya, Mai memujuk hatinya utk mengisi borang tersebut dan memilih kos-kos yg dia minati a