Panas baran

Topik pagi ni kat Kool.fm pasal panas baran.


Aku sempat dengar 1 panggilan je, otw ke tempat kerja. Belum bercerita lagi pendengar tu dah menangis, sedih.

Dia kata, dia dibesarkan dengan keadaan tak baik. Bapa dia seorang yang panas baran gila! Even benda yang simple pun boleh kena maki hamun & pukul. Bapa dia selalu tak ada kat rumah sebab kerja jauh, tapi setiap bulan ada balik. Dia ada 12 orang adik-beradik. Jadi most of time dia adikberadik membesar dan rapat dengan mak dia. Luckily, mak dia seorang yang kuat agama, jadi dia dan adik-beradik yang lain diterapkan nilai-nilai agama. Cuma bila dia dah terbiasa dengan keadaan tak baik tu, sedikit sebanyak mempengaruhi dia yang sekarang ni.

-----

Tapi bagi akulah, baran ni bukan je setakat kita membesar dalam keadaan/suasana baran tu. Tapi baran ni juga sifat keturunan! Fakta dan berlaku depan mata aku sendiri. Ada sorang kenalan aku, which is diambil sebagai anak angkat sejak dari hari pertama dilahirkan. Dibesarkan dalam keadaan baik, parents angkat dia layan dia dengan baik even dia anak angkat. Zaman dulu-dulu, kena rotan, hanger & getah paip tu biasa kalau kau yang bermasalah. Tapi kalau sebab benda2 kecil takde nya dia kena pukul/ marah saja2.

Tapi, bila dia dah besar, dia jadi seorang yang baran! Compare dia dengan family angkat dia tu.. memang boleh nampak baran dia tu. dia tak suka ditanya/ bercakap berulang banyak kali. Benda simple2 pun boleh buat dia marah. Bila dah berkahwin, dia tak sabar dgn anak2 dia. korang tahu jelah kan apa..

Bila diselidik-selidik, rupanya mak kandung dia dulu tu seorang yang baran. Mudah naik tangan dan mulut tu takyah cakap lah.. Jadi 'menurunlah' sifat baran tu ke anak. 

Korang mesti tertanya apa cerita si anak angkat tu kan? Baran masih ada! tapi dia cuba untuk kurangkan dan banyak bersabar. Tapi sabar dia tu tak sama macam orang normal/baik yang lain lah. tapi kalau nak compare dengan dia yang dulu2, aku tengok sekarang ni adalah kurang 'sikit'..

-----

KALAU KORANG PULA, KORANG RASA BARAN NI DISEBABKAN KITA DIBESARKAN DALAM KEADAAN YANG NEGATIF TU KE? ATAU SEBAB KETURUNAN?




No comments:

Post a Comment

Panas baran

Topik pagi ni kat Kool.fm pasal panas baran. Aku sempat dengar 1 panggilan je, otw ke tempat kerja. Belum bercerita lagi pendengar tu dah me...