Aku baran betullah dengan sorang makcik ni!! kaki cop aku ni bangun lambat..


HELLoo makcik? 

ingat aku tak bangun subuh ke? 

ingat anak2 aku, bangun2 je tidur dah ada kat sekolah?? 

aku bangun2 tidur dah ada kat ofis??

tak mandi? tak siap2kan anak bangun sekolah pagi??


Sebabkan aku tak sempat angkat call whatsapp dia, sesedap dia kata aku tidur lagi.. kau call pun x smpai 5 saat, so aku assume x penting lah! harini pun hari jumaat, hari orang bekerja, kau call pukul 7 lebih, aku tengah sibuk bersiap nak gi kerja lah.. 


kalau penting dan betul2 penting, call biasa lah. takpun, call lah lagi.. fakk!!


haa, pastu mulalah nanti jejeh kat semua orang, 'aku call si polan tu, x dpt..membuta lagi lah tu..selalu bangun lambat'




Panas baran

Topik pagi ni kat Kool.fm pasal panas baran.


Aku sempat dengar 1 panggilan je, otw ke tempat kerja. Belum bercerita lagi pendengar tu dah menangis, sedih.

Dia kata, dia dibesarkan dengan keadaan tak baik. Bapa dia seorang yang panas baran gila! Even benda yang simple pun boleh kena maki hamun & pukul. Bapa dia selalu tak ada kat rumah sebab kerja jauh, tapi setiap bulan ada balik. Dia ada 12 orang adik-beradik. Jadi most of time dia adikberadik membesar dan rapat dengan mak dia. Luckily, mak dia seorang yang kuat agama, jadi dia dan adik-beradik yang lain diterapkan nilai-nilai agama. Cuma bila dia dah terbiasa dengan keadaan tak baik tu, sedikit sebanyak mempengaruhi dia yang sekarang ni.

-----

Tapi bagi akulah, baran ni bukan je setakat kita membesar dalam keadaan/suasana baran tu. Tapi baran ni juga sifat keturunan! Fakta dan berlaku depan mata aku sendiri. Ada sorang kenalan aku, which is diambil sebagai anak angkat sejak dari hari pertama dilahirkan. Dibesarkan dalam keadaan baik, parents angkat dia layan dia dengan baik even dia anak angkat. Zaman dulu-dulu, kena rotan, hanger & getah paip tu biasa kalau kau yang bermasalah. Tapi kalau sebab benda2 kecil takde nya dia kena pukul/ marah saja2.

Tapi, bila dia dah besar, dia jadi seorang yang baran! Compare dia dengan family angkat dia tu.. memang boleh nampak baran dia tu. dia tak suka ditanya/ bercakap berulang banyak kali. Benda simple2 pun boleh buat dia marah. Bila dah berkahwin, dia tak sabar dgn anak2 dia. korang tahu jelah kan apa..

Bila diselidik-selidik, rupanya mak kandung dia dulu tu seorang yang baran. Mudah naik tangan dan mulut tu takyah cakap lah.. Jadi 'menurunlah' sifat baran tu ke anak. 

Korang mesti tertanya apa cerita si anak angkat tu kan? Baran masih ada! tapi dia cuba untuk kurangkan dan banyak bersabar. Tapi sabar dia tu tak sama macam orang normal/baik yang lain lah. tapi kalau nak compare dengan dia yang dulu2, aku tengok sekarang ni adalah kurang 'sikit'..

-----

KALAU KORANG PULA, KORANG RASA BARAN NI DISEBABKAN KITA DIBESARKAN DALAM KEADAAN YANG NEGATIF TU KE? ATAU SEBAB KETURUNAN?




makcik puaka! (Bahagian 1)

Makcik oi?!!!

Pernah tak kau fikir atau muhasabah tentang diri kau? Pernah tak renung-renungkan diri kau, kenapa kehidupan kau tak sama macam orang lain?

kau SELALU comparekan 'anak' kau tak macam anak si polan itu, tak macam anak si polan ini.

'pelik aku.. anak si polan tu sekolah tak pandai mana pun. tapi semua dengar cakap mak dia. semua kerja bagus-bagus (kerajaan). hidup dah senang!'

'anak si polan tu selalu bawa mak dia jalan-jalan. berebut-rebut nak bawa mak dia berjalan. nak pergi honeymoon pun bawa mak berjalan sekali'

tapi pernah tak kau fikirkan kenapa anak kau tak macam itu? macam ini? TAK KAN?

sebab kau rasa, kau emak, kau JE YANG BETUL!

.................................................................................................

sipolan tu, walaupun anak dia tak sekolah pandai tapi tak pernah sekali dia jaja hal anak-anak dia ke orang luar. dia simpan ketat padat hal-hal anak dia. dia tak buruk-burukkan anak dia kat orang luar. dia selalu cerita anak dia bagus-bagus.. walaupun orang sekeliling tahu yang si polan tu kaki geybang je.. TAPI, DIA TAK MEMBURUKKAN ANAK-ANAK DIA

kau makcik? apa anak kau buat semuanya salah! itu  tak kena, ini tak kena. yang takde pun kau kata ada sampai mengaibkan anak kau. kau tak kisah pun, janji orang dengar cerita kau. ðŸ™„ bila anak kau berjaya atau buat sesuatu yang 'membangga'kan' kau, ada kau nak pukul canang dekat sedara mara? orang kampung? takde, sebab kau malu.. 'nanti macam bangga diri pula'..🤯

anak sipolan kerja bagus-bagus (kerajaan), kahwin pun dengan orang kerja kerajaan juga. BAGUS! dengar kata mak dia.. tapi kau tak nampak, yang mak dia sentiasa doakan kejayaan anak dia. kau makcik? kau tahu doakan kecelakaan dan keburukan anak kau.! bila anak kau tak berjaya kerja kerajaan, kau salahkan anak kau taknak dengar cakap kau. eh, kau lupa yang mulut kau tu selalu sebut,
'aku doakan kau susah nanti!' 
'memang sial kau ni!'
😇

1 je makcik, cakap yang baik-baik...doa yang baik-baik untuk anak makcik..

anak makcik pun malu nak keluar dengan makcik disebabkan mulut puaka makcik tu..bukan pada anak, pada orang lain juga!


Keluhan ibu-ibu, ke?

 

ada ke ibu-ibu yang sama macam aku? 

dari 2nd trimester sampai dah nak bersalin banyak tidur mengiring ke kanan. Konon alasannya, supaya organ-organ penting dalam badan tak terhimpit masa ibu-ibu tengah tidur.. -,-'

Lepas bersalin, still tak boleh nak merdeka dari tidur mengiring juga sebab susukan baby lak -.-

huhuhuhu... kalau susukan baby memang aku prefer sambil mengiring sebab kurang sikit rasa sakit belakang. 

kena pula, baby ada favorite susu dia.. nak yang kanan je..tak pun, yang kiri je... jenuh & sakit pinggan asyik ngiring sebelah je..huhuhu..

tapi tulah, kenalah sabo sampai baby 2 tahun (mungkin) 0.0



Kisah: Melukut ditepi gantang (bhgn 3)

'Ingat sikit, kau tu ibarat melukut di tepi gantang.!Kehadiran kau tidak diperlukan pun sebenarnya. Susah senang kau, ingat dia nak peduli ke? Dia tahu kau tengah susah, tapi lagi diketuknya kau adalah!' bentak hati Maimunah.

'Walau wangi macam mana pun kau, kau tetap busuk bagi dia. Tak sama macam anak yang lain. Sebusuk-busuk anak tu, seburuk-buruk anak tu, tetap wangi pada dia..tetap elok pada dia. Kau??' Mai bermonolog lagi.

Pedih hati dia bila teringat kata-kata emaknya di whatsapp group family tempoh hari. 'takde duit', itulah perkataan yg menyentap hati Mai. Betul atau tidak, apabila emaknya berkata sebegitu didalam group keluarga, ianya telah menjatuhkan air muka Mai. Sudah tentu mesej tersebut dibaca oleh semua makcik pakcik dan saudara mara mai yg lain.

Bila difikirkan semula, dari awal jemputan lagi emak Mai telah bercadang hendak menumpang kereta Mak ngah kerana suaminya, Pak Udin sudah menyatakan tidak mahu hadir ke majlis akikah tersebut yg diadakan di KL. Jauh katanya.Memandangkan mak ngah mempunyai kereta alphard, jadi bolehlah emak menumpang sekali dan tong-tong duit minyak atau tol ke sana.

Sayangnya, seminggu sebelum jemputan, emak baru menyatakan hasratnya untuk menumpang kereta mak ngah. Malangnya, kereta mak ngah telah penuh kerana bukan ahli keluarga mak ngah (4orang) saja yg pergi malah maklong suami isteri, mak uda dan pak anjang juga turut akan menaiki kereta makngah nanti.

'Kenapa tak bincang dengan aku pasal nak pergi rumah anis. Boleh je cakap, Mai, nanti mak nak ke rumah anis ye, naik kereta kau. Ada duit ke, takde duit ke..pandailah aku nak adjust ke sana nanti.'kata Mai.

Tapi....dengan orang lain awal-awal lagi sudah cakap nak bagi duit minyak sebab menumpang kereta orang, tapi dengan aku tak boleh ke tong-tong duit minyak? Kalau mak nak bg aku duit sekalipum, takkan sanggup aku nak ambil duit mak lah.' kata hati Mai lagi.

'ini bila dah tak tahu nak tumpang siapa, mulalah buat cerita kata aku tak pergi. Aku macam nilah, laki aku macam tulah. Mana menantu kesayangan mak tu? Ajaklah dia, time macam nilah nak show off menantumu tu... ' tambah Mai lagi.

Mai banyak bermonolog sendirian kerana dia belum berceritakan lagi kepada suaminya, Ali mengenai hal tersebut. Bagi Mai, dia akan berceritakan tentang itu kepada Ali selepas Ali pulang dari IJN nanti. Mahu saja dia nak lepaskan semua sesak di dada dan tangisan kepada Ali nanti.

'Abang, saya rasa saya nak tarik handbrake lah. Saya sakit hati betul dengan mak.' ini yang akan Mai katakan kepada suaminya nanti. Sekiranya dia mampu katakan.

Mai mengelamun, dia teringat peristiwa pada 2 minggu yg lepas. Dimana dia beserta anak sulungnya, Alif mengikut ibubapanya ke majlis perkahwinan kenalan bapanya. Emaknya langsung tidak menolongnya utk menghulurkan pinggan ataupun mencedukkan nasi ke pinggan Mai. Yelah, tangan kiri Mai memegang tangan Alif yg berusia 3 tahun, khuatiri hilang dikhalayak ramai dan tangan kanan Mai pula memegang pinggan sambil mengepit handbag.

'Emak tak rasa kesian ke tengok anak cucu dia ni? Aku ni kan tengah sarat, lagi nak pegang tangan Alif, nak ambil makanan lagi... Mak... Mak...' Mai mengeluh.

-------------

Pagi ni jam 4.37 pagi suami Mai, emak dan bapanya bergerak ke IJN untuk membuat pemeriksaan susulan ke atas bapanya. Ini adalah lawatan yg kedua mereka. Sebelum ini, mereka bertiga bergerak dari Ayer Hitam ke KL pada jam 4.30 pagi memandangkan waktu temujanji bapa Mai adalah pada jam 9 pagi.

Malam tadi, sempat Mai menanyakan kepada bapanya, jam berapa hendak bertolak ke KL? Kalau ikutkan Ali, dia tidak kisah jam berapa hendak bertolak pun dia ok kerana sudah terbiasa menghantar bosnya ke KLIA pada awal pagi. Kata bapa, dia tidak kisah jam 4.30 pagi pun boleh, jam 5 pagi pun boleh..terpulang atas Ali hendak bertolak jam berapa. Emak Mai pun tidak menyuarakan apa-apa.

Tup-tup, pagi ni emak bising-bising pula sebab jam 4.30 pagi batang hidung Ali pun masih tidak muncul. Mai mencelah ketika emaknya berleter, 'kata semalam tidak kisah jam berapa hendak bertolak. Tunggu sajalah Ali tu, semalam kata jam 5 pagi pun boleh bertolak.'

Pada masa yang sama, Mai menghantar whatsapp kepada Ali,' abang dah bangun?'
'sudah, otw ni..' jawab Ali.
'ok, hati2 abg..' balas Mai.

'Fuhh, alhamdulillah laki aku dah otw. Emak nak membebel, membebellah dia. Malas aku nak beritahu dia yg Ali dah otw..' kata hati Mai.



sambung...

  Aku baran betullah dengan sorang makcik ni!! kaki cop aku ni bangun lambat.. HELLoo makcik?  ingat aku tak bangun subuh ke?  ingat anak2 a...