Kisah melukut ditepi gantang (bhgn 1)

Teett..teett.. Bunyi vibrate hp, menandakan ada whatsapp yg masuk.
'Wow! Baru sejam tak tengok hp dah ada 98 notifications dari group family. Apa bendalah ni..' bisik hati Maimunah.

[11/29, 21:54] F mak ngah: Yah angah gerak g umah hanis kul 8 pgi
[11/29, 21:54] F emak: Ok
[11/29, 21:54] F emak: Yah x g
[11/29, 21:54] F mak ngah: Napa
[11/29, 21:54] F emak: Mai awal2 ckp ali x nk g jauh
[11/29, 21:55] F mak ngah: Udin kan ada
[11/29, 21:55] F mak ngah: Kita saing lah
[11/29, 21:55] F emak: Yah ckp kalau umah saudara ali jauh2 xde duit boleh g
[11/29, 21:55] F Pak Teh: Ali tak mahu pei suruh mai bawak kereta
[11/29, 21:55] F emak: Dia diam je

Zasss! Ibarat diketuk kepala bila Mai membaca whatsapp tersebut.
'Apahal pula pasal takde duit xnak pergi kenduri?' getus hati Mai.
'Bukan ke haritu aku dah cakap dgn mak nak pergi kenduri akikah anak Hanis tu. Cuma tengok keadaan aku time tu boleh dan larat untuk memandu atau pun tidak!' tambah Mai lg.

Kalau nak diikutkan pasal tak ada duit, banyak perkara dan hal family sudah ditolak ketepi memandangkan Mai yg baru saja berhenti bekerja 7bulan yg lepas. Tambahan pula, dia dalam keadaan sarat mengandung dan suaminya, Ali yg baru saja tamat kontrak bekerja. Maka, banyak perkara yg perlu diutamakan dan diketepikan untuk memastikan agar perbelanjaan keluarga tidak defisit.

Sungguhpun dalam keadaan begitu, Mai dan suaminya tidak pernah berkira untuk sebarang perbelanjaan atau permintaan dari keluarga Mai. Bak kata Ali,' selagi kita mampu tunaikan, kita tunaikan. Selagi kita mampu tolong, kita tolong. Tapi, kalau sampai masanya kita dah tak mampu nak tolong, kita tariklah 'handbrake' perlahan-lahan'. Kalau hendak diikutkan, esok bapa Mai ada temujanji di IJN. Perjalanan dari Ayer Hitam, Johor ke KL bukanlah dekat dan costing dari segi minyak dan tol. Tapi itu semua tidak menjadi masalah pada Ali. Semuanya dia yg tanggung. Begitu juga sebelum ini, ada beberapa kali bapa mentuanya mempunyai urusan di KL dan meminta Ali untuk menghantarnya ke sana memandangkan Ali seorang pemandu peribadi, dan arif dgn selok belok jalan di KL. Itupun, Ali langsung tidak berkira tentang kos dan masa untuk kesana.

Hanya pada Ali lah tempat Mai untuk meluahkan perasaannya mengenai sikap emaknya. Ibarat melukut ditepi gantang, kewujudan Mai hanya wujud saat diperlukan oleh maknya. Sekiranya, tidak dapat ditunaikan permintaan atau pertolongan, PASTI ada saja cerita buruk yg akan keluar dari mulut maknya tanpa usul periksa.

Sesungguhnya, Allah maha Besar dan Adil. Dikurniakan Ali sebagai suami Mai. Dialah penguat semangat dan memberi sokongan dan nasihat kepada Mai agar sentiasa menghormati ibubapa Mai tidak kira dalam apa keadaan juga. Dia juga lah yg selalu ingatkan Mai untuk selalu pergi melawat ibubapa Mai, walaupun pada hakikatnya Mai sangat berberat hati untuk pulang ke kampung bertemu emaknya.

Ali juga seorang menantu yg baik dan taat. walaupun dia sedar yg dia bukanlah menantu pilihan tapi sekadar menantu 'hantu' kerana bekerja sebagai pemandu sahaja. Pelbagai tomahan dan fitnah yg telah dilemparkan oleh mak mertuanya sebelum dia berkahwin dengan Mai, tetapi tetap jua dia memilih Mai sebagai peneman hidup kerana Lillahi Taala.



Bersambung...

Comments