Puasa 2018 - chicken buttermilk

Assalamualaikum semua....

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan memberi 1001 pengertian kepada anda semua.

Diam tak diam, harini dah ramadhan ke-3. Cepat betul masa berlalu. Nothing special to share, just tadi tengah bergolek-golek main dengan Eshan, teringat kat blog ni. Dah lama lama lama gila tak update.. hihihi.. Oh ya, lupa nak bagitahu Eshan is my precious son.. tahun ini akan masuk 2 tahun umur dia.. see! So long not updating my blog.. 

Ok, memandangkan hari ni cik biru cuti, maka adalah kesempatan untuk masak-masak. Tambahan pula dalam bulan puasa, berkobar lain macam untuk masak..hihihi..poyo je.. So, fikir punya fikir dari pagi sampai ke tengahari maka tercetuslah idea nak masak chicken buttermilk.. and this is my first time to try dan agak mencabar sebab belum pernah rasa lagi dan masak pulak dalam bulan puasa.. kau rasa??

Tapi, Alhamdulillah.. rasanya berjaya kot..haha..sebab tekak rasa ok je..almaklumlah, belum pernah makan lagikan..kasi can lah mak up sikit.. so, sini cik biru sharekan resepinya.. for me, its very simple and easy to cook.. for beginner cooker macam cik biru dah rasa senang, apatah lagi yg expert kan...

So, bahan-bahannya dalam sukatan ‘agak-agak’:
1. 3 ketul Isi ayam (ayam kerat 8)
2. 1 Biji telur
3. 2 sudu tepung gandum.
4. 2 sudu serbuk kari *nak letak boleh, tak letak pun boleh
5. 1 tin susu cair
6. 2 sudu besar susu pekat
7. 3 ulas bawang putih
8. 5 biji cili padi merah (atau ikut kepedasan, boleh kurang boleh lebih)
9. Garam & Gula secukup rasa. Ataupun serbuk perasa kebiasaan anda
10. 2 tangkai Daun kari
11. 1 sudu butter
12. 1/2 sudu tepung jagung dilarutkan dgn sedikit air

Cara masakannya:
1. Basuh, bilas dan potong dadu isi ayam tersebut, saiz agak-agak 1 ruas ibu jari korang. Kalau besar jarinya, besarlah. Kalau kecil jarinya, kecillah saiznya. Ahahaha..
2. Campurkan ayam, tepung gandum, serbuk kari, telur, garam dan gula bersama. Gaulkan sebati dan biar kan sekejap untuk perapan.
3. Sementara itu, kita basuh dan potong bulat cili padi dan cincang bawang putih. Basuh daun kari, dan ketepikan bahan-bahan ini.
4. Panaskan minyak untuk menggorengkan ayam. Gorengkan ayam sampai warna masak/keperang- perangan. Ini kira macam kita goreng ayam celup tepunglah.. dah siap gorengkan semua, angkat, tos dan ketepikan..
5. Dalam kuali yang lain, panaskan dan cairkan butter dengan api yang sederhana. Masukkn bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau dan berubah warna. Jangan sampai hangit pula!
6. Masukkan daun kari, susu cair dan susu pekat. Masakkan seketika. Lepastu masukkan gula garam secukup rasa gaul-gaulkan sekejap. Jangan lupa, tadi kat ayam kita dah masukkan garam dan gula..kang aje kena darah tinggi pulak..
7. Masukkan ayam yang kita gorengkan tadi ke dalam kuah butter tu.. gaul rata.
9. Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sikit kuahnya. 
10. Gaul semua agar sebati dan larut. Agak-agak dah masak dan sebati dan sejiwa, maka dah bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Makan panas-panas dengan nasi memang emppphhh! Hope korang cuba resepi ini yang cik biru ada olah sedikit. Sebarang komen sila beritahu, kits sama-sama baiki.

Well, itu saja yang nak dikongsikan dengan korang semua. Gambar? Sorry terluPa nak snap, maka lauk pauk semua tu selamat dah masuk Perut..hahaha... well, see you next time.. any updates i will roger-roger here. Ok, Bye!

Comments